Sek. Men. Keb. Tampin , 73000 Tampin, Negeri Sembilan. Email: smkt07@gmail.com |
|
1. PENGENALAN Integrasi Pendidikan Khas di SMK Tampin merupakan Program Khas Bermasalah Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai kelas PKBP. Terdapat 16 orang pelajar yang menerima pendidikan di kelas ini dan mereka dibahagikan kepada 3 kelas untuk proses P&P. Mereka terdiri daripada beberapa kecacatan yang telah mendapat pengesahan doktor. a) Kecacatan akal : 3 orang b) Sindrom Down : 1 orang c) Autisma : 1 orang d) Masalah Pembelajaran : 11 orang Tenaga pengajar terdiri daripada 4 orang guru tetap 2. MATLAMAT Kurikulum PKBP bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna. 3. AKTIVITI Aktiviti pelajar PKBP dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu : a) Bahagian Akademik b) Bahagian Kemahiran
a) Bahagian Akademik Setiap pelajar mengikuti proses P&P berdasarkan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) yang dibina berasaskan keupayaan mereka secara individu. Antara matapelajaran yang diajar ialah : Bahasa Melayu, Matematik, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni, Pendidikan Agama Islam b) Bahagain Kemahiran Pelajar PKBP juga dilatih kemahiran asas bagi aktiviti berikut : Berkebun, memasak, mendobi, menjahit, kraf tangan, pertukangan
|
---|